Wednesday, 8 April 2015

Teratak Tokwan, Rawang

Pagi2 lagi Damia dah bangun mandi bersiap.


Today kita akan ke .....



Terletak di Rawang. Berdekatan jauh x jauh jugak la dari Templer Park.
Rasa2 aku mmg x penah sampai Templer Park walaupun dah 33 tahun eh 23 tahun hidup lahir menetap kat KL-Selangor. Hehe..

Landmark
dekat dgn Tesco Rawang.
Tu je aku boleh bagi sebab aku sendiri x familiar dgn Rawang.
Huhu..


Sini ada 3 pool.

Pool atas belakang tu pool kekanak. 
Air dalam 2-3 kaki kot.

2nd pool yang depan ni, 
kedalaman dalam 4 kaki ++ kot.
Kekanak besar sikit suka mandi sini.
Aku boleh la nak mandi sambil dukung Damia kat pool ni.
Dalam pool je la aku larat nak dukung.. luar pool kirim salam. 
Damia dah berat.


Yeahh...!!!!
Ini la yg paling best ni. Hehe..
Pool ni bahagian depan gelongsar tu dalam 3-5 kaki.
Dlm gambar ni pun boleh nampak bayang dasar kolam tu.
Selepas dari itu.. ehem ehem.. mempunyai kedalaman 7 kaki.
Memang x ramai pun parent mandi sini.
So, puas lah kami berlima terkuak telentang kuak kupu kupu segala jenis kuak.


Yang bestnya kat sini sebab dia air bukit. 
So sejukkkk...!!!
Even matahari atas kepala pun kitorg layan kuak terlentang jugak.
Hahah...

Kalo gi aquatic pool, matahari dah tinggi air pun panas kan?
So sini, memang best la.
Air sejukkk...

Sini actually dalam kawasan rumah orang.
I guess rumah TokWan tu la kan..?
Rumah dia pun betul2 depan pool ni.
So, pelawat nak datang terus masuk laman TokWan ni la parking.
Semalam je dalam lebih kurang 1o kereta kot boleh masuk.
Kalo luar xde parking sebab kawasan perkampungan rumah2 orang.

So, pool ni memang open for public.
RM2/head.
Disediakan jugak pankin2 utk berkelah.


Lebih kurang gini boleh memuatkan 2 family.
So ada dlm maybe 8-10 family boleh berkelah dalam 1 masa.


See 2 rumah tu?
Itu homestay.
Maknanya boleh la nak bermalam buat bbq di malam hari.
Surau pun ada.
Toilet memang ada.

Actually pool ni dibina di dalam kawasan rumah/pagar rumah tokwan ni.
Pool terletak betul2 di tepi rumah tokwan ni.
So, kereta2 boleh masuk terus ke perkarangan rumah utk park.

Bayangkan puas2 puas anak menantu bermandi-manda setiap kali pulang ke kampung.
Silap haribulan anak2 sebok ajak balik kampung.
Bukan nak melawat atuk nenek tapi nak berkubang dlm pool ni.
Miahaha..

TokWan tu caj pun x mahal RM2/head, semua kemudahan ada so?
Pandai2 la bawak diri. 
Jangan buat sepah. Ini rumah orang.
Ada sampah lepas piknik tu masukkan dalam plastic siap2. 
Jangan nak sepah2 kan.. penat pulak orang tua tu nak mengemas pulak.

Kesimpulan?

Best !!!!!!!!!