Kawasan berjalan kaki berbatu-batuan kecil ni,
ni la kawasan terapi nya.
Kalo orang berpenyakit memang x boleh nak berjalan kat situ. Sakit yg amat.
Aku xde penyakit berat pun x tahan.
Huhu..
Rasa mcm batu eh tajam menonjol sgt.
Kat sini jugak ada 3 kolam kecik yg boleh memuatkan 15 orang dewasa berendam.
Ni kolam paling rendah suhunya 30-35 darjah.
Bebudak pun boleh tahan masuk dalam ni.
Nak best berendam pagi. Air jernih.
Masuk ptg air dah jadik keruh.
2nd day kami berendam dlm 1/2 jam, abi dah berpeluh lencun.
Aku peluh sikit. Aik apasal? Byk nor lemak degil kot. Huhu..
2nd panas kolam ni bersuhu 35-40 darjah.
Miahaaha...
Sila la berendam kalo terer.
Takat acah2 kaki sampai buku lali apa barang.
1st day gi hari dah petang, so panas dia boleh lagi tahan masuk sampai pinggang.
2nd day x gi dah sebab,
kolam yg suhu 30-35 darjah di pagi hari lebih kurang rasa panasnya dgn yg suhu 35-40 ni.
Yg ni kolam yg paling kurang mendapat sambutan.
Masa 1st day lalu pun x, apatah lagi nak singgah.
Ingat kan below 30 darjah.
Sekali 2nd dtg jenguk jap nak snap gambar,
ambik kau... 40-45 darjah.
Bahahaha... padan la xde org nak masuk.
Panas weh..!!
Petua nak berendam dlm kolam air pepanas ni,
x yah lah nak dok kocak2 kaki tu, ingat air dlm cawan ke tiup2 hembus boleh sejuk?
Ni panas semulajadi. Lagi air berkocak lagi panas rasanya.
So, sila masuk dan kejungkan kaki dalam air.
Masuk badan, sila duduk static jgn gerak2.
Gitu..
Lagi 1 aku rasa, jgn pakai contact lens sebab air panas. Haba wap apa semua.
Kalo nak cair contact lens tu dlm bijik mata, silakan.
Siap habis boring berendam, moh kita bergerak ke kolam yg first2 tadi.
Ntah kolam apa agaknya yg kureng mendapat sambutan itu.
Baca dulu ni amaran.
Jangan main sedap je nak terjun.
Aku tatau la nape ek kencing manis darah tinggi x leh mandi air panas?
Ni gambar hari Sabtu di petang hari, orang agak ramai.
n pagi Ahad pun dlm kol 10am baru orang ramai.
Tapi kalo mandi sini ada matahari x best la sebab air dah memang panas,
nak berendam kena mentari pulak...
ermm... x best.
So better kalo nak mandi sini, pagi sebelum matahari naik tinggi or
ptg bila dah redup sikit.
Dok berendam apungkan badan dalam air panas ni.
Fuhhh..!! terbaek!!
Best giler
Aku suka.
Lepas mandi air panas,
mandi pulak air dari tempayan ni.
Perkkhhh... !!! Sejuk.
Best.
So siap la aktiviti berendam kami on Saturday around 6pm.
Nenek pulak haus moh kita cari port lepaking.
Kat kawasan dalam ni memang ada gerai2 jual air la buah la jambu la.
Medan selera pun ada.
Tapi malangnya, hari tu kol 6pm semua tutup dah.
Boleh?
Ni gambar hari Ahad, di pagi hari.
Orang pun xde
Gila kentang best mandi tenggelam2 timbul kat sini.
Ini kolam aku yg punya.
Muahahaa...
Ok, kalo ikut arahan dia,
jangan mandi lebih dari 30 minit kat kolam air panas ni.
Reason? Xtau.
Ada sesapa tau?
So, kami bergerak jalan keluar ke hotel.
Ada restauran.
Memasuk je, waiter tu kata
" kak, basah x boleh la masuk sini.. "
Bole?
Bukan kawasan mandi-manda ke kat sini?
Ok fine, kami order air & dok lepak kat kusi batu luar restauran.
Tgk menu boleh tahan hage hotel katanya.
Abi order air kopi ais.
Rasanya?
Aku rasa macam kopi kapal api huhu.. ataupun kopi yg biasa2 nenek2 di kampung bancuh utk atuk2 nya.
Huhu...
RM 5.00
X padan betul.
Kopi chatime ke cool blog ke jauh lebih sedap!
Siap minum masuk bilik la.
Call front desk nak tanya wifi password.
Sekali?
Wifi kat lobby je kak..
Erkk..???
Apa activiti malam?
Xde.
Mati kutu.
OMG
Ada astro beberapa channel je.
Pastu malam tu around 10pm kot hujan turun lebat2 selebatnya.
Tido memang best la.
Jadi kita gi bercuti ni nak tido aje la..?
Huhu...
So, xyah tido sana pun xpe.
Balik hari je sebab xde activiti pun yg boleh nak dibuat kat sana di malam hari.
Patutnya kolam tu dibuka la kot di malam hari utk yg menginap baru best.
Memalam sejuk2 mandi air panas best sikit.
Kiosk pun xde.
Kot2 la boleh nak beli jajan sikit cikedis ke kuaci ke waffer ke
xde.
Huhu..
So, kalo nak tido bermalam tu, utk dinner, pepandai korang la nak wat canne
huhu...
Memang boleh order dari restauran yg ada kat sini
tp kesedapannya tidak diketahui.
2nd day, breakfast dulu.
Smlm punya planning, bangun terus gi sarap kol 8am. 1/2 jam je utk breakfast jgn lelama nanti x puas nak mandi memandangkan check-out as usual @ 12pm.
And pagi ni memang kami kol 8 am sampai restaurant ni nak breakfast. Huuhu.. orang pun x berapa ramai.
Mommy amek utk Damia,
bihun fevourite + sausage mommy amek lebih sebab favourite mommy + potatoes wedges + and apa bean ni? = x sedap.
Huhuh... Damia tolak tepi. Hairan bin ajaib. Budak yg makan je pun xnak.
Abi kata mommy cerewet, ok what bihun & sausage tu.
Wahai abi, sausage ni siapa punya favourite? Mommy kan..? Goreng ke rebus ke semua mommy suka tp this is unacceptable.
Sausage dia mcm letak atas hot pan, gelek gelek 2-3 kali siap.
Huhu.. masih keras.
Breakfast mommy?
Bubur nasi je. Kang komplen kata cerewet.
Tapi.. semalam tgk menu nasi goreng RM 13.00, teh panas RM4.00 so paham x std restauran yg harga cenggini?
And they served bubur yg cenggitu..?
X patut.
Aku rasa sapa yg dok jual bubur tapi bagi kicap cair .. ermm...ermm..??
Tapi disebabkan abi x kisah mungkin sebab dah bayar mahal,
x padan harga dgn kualiti so planning semalam breakfast 30 min dah jadi sejam 15 minit. Eh?
Abi makan apa sahaja yg ada sampai kenyang.
Siap gi toilet seround pastu sambung makan roti bakar pulak. Huhu...
Pagi tu lepas breakfast kol 9.15am kami start menapak ke hot springs.
Our suggestions, kalo nak gi mandi-manda kat sini, better datang pagi or ptg.
Mandi kat big pool yg air panas ni sebelum matahari naik. Baru best.
Pagi tu kami smp masuk berendam kol 9.20am masih best lagi.
Pepagi air pun nampak bersih. X macm semalam mcm dah keroh.
Cuaca pagi masih sejuk pastu masuk kolam air panas. Wahh... nikmat.!!
Cukup 30min naik mandi pulak air tempayan yg sejuk ni wahhhhhhhhhhhh...!!!! Best..!!
Dalam ni siap ada surau so x yah risau.
Ni gambar depan hotel. Nampak belakang tu? Tu la lobby nye.
Nak balik baru amek gambar kat sini. Masa dtg semalamnya panas agak terik.
Balik ni ok sket cuaca..
Amik gambar yo yo oo melompat tapi kena paksa masuk pool.. siap menjerit2 tak nak.
Adoii.. bosan giler mommy & abi.
Last month lagi teruk menjerit2 kat Sunway Lagoon.
Padahal sebelum ni selalu je bawak gi aquatic pool tu baik kat Shah Alam baik kat Putrajaya.
Mommy baru letak beg Damia dah nak terjun kolam yg 5 kaki dalam.
Kelam kelibut mommy kejar..
X tau kenapa Damia berpenyakit takot air sekarang ni,
Ok
Bye