On the way ke Pulau Mabul, Sabah.
Masa ni kitorg gi amik pakej, RM150/ seorang untuk 2 hari 1 malam include makan 3x sehari breakfast, lunch & dinner, & snorkeling.
Ni aktiviti snorkeling. Selalunya orang ke sini untuk scuba or amik lesen scuba. Tapi kitorg or aku xde niat nak berscuba pun. Sekali dgn home stay yg kitorg stay time tu, ada warga Iran ke Perancis ek yg memang ke Mabul semata2 untuk amik lesen scuba. Hurmm.. sampai gitu skali?
Kenapa aku confuse Iran or France sebab both2 negara yg berbeza tapi canne aku boleh confuse?
Orang tu muka ni ala2 arab sebab tu aku kata Iran tapi dia lahir n menetap di Perancis. Camtu la lebih kurang. Berborak dgn dia pun ala2 ayam n itik sebab France kan x berapa nak menguasai bahasa Inggeris pun.
Air laut kat sana?
Memang jernih ya amat la. jernih dia kan sampai ada 1 part tu,
untuk yg memula belajar tu dorang akan belajar cara nak menyelam untuk 1st stage kat area home stay tu la.
Cer tgk rupa home stay aka rumah penduduk tetap kat Mabul tu.
Ok, situ la ruang tamu situ la dapur situ la toilet. Cer tgk toiletnya hala ke mana?
So, masa dorang berada di bawah air tu, kitorg dr home stay ni boleh nampak ada 'benda' yang terapung2 kat atas kepala dorang.
Dan kitorg gelak geli nak termuntah memang x ingat la.
Hhuhhhahahauhuhuhhuhuh.. yaksss..!!
Sebab dorang ni orang pulau, so dorang x heran la dgn air laut ni. Memang xde la bebudak mandi laut.
Sampaikan kitorg pun macam segan nak mandi laut kat situ.
Tapi, bila hujan turun je, memang jadik pesta la.
Bebudak kat sana pakat2 terjun dari rumah memasing je mandi air hujan + air laut.
Tengok gambar di atas, paras air laut ketika waktu siang. Kedalaman air ada la dalam paras lutut orang dewasa. Tapi bila malam, tarikan bulan apa semua, air naik sampai betul2 bawah paras lantai rumah ni je.
Agak menggerunkan jugak la aku tgk air laut waktu malam.
Huhu... tetiba teringat kat tsunami.
Kalo tsunami melanda la malam tu alamat memang ghaib Pulau Mabul tu konpem. Huhu...
Semenjak dari tu aku phobia pulau gak sebenarnya.
Huuhuhu...
Bila aku post gambar 2 atas ni kat fb dulu, ramai member aku yg kata gambar edit.
Hahhaa... tahap jeles x ingat.
Sebab apa aku kata jeles? Sebab dorg dgn seriesnya kata aku edit gambo tu.
Huhuh... sedih dgn sikap & sifat manusia yg ada phd.
Pulau Mabul ni x besar pun. Aku pusing habis berjalan kaki dari kol 9am-10.30am habis dah tawaf.
Xde yg menarik pun kecuali ada part2 yang cantik2 macam hotel atas ni.
X silap aku hotel ni milik org US n currency yg guna pun dlm USD.
Itu apa yg penduduk tempatan bagitau aku lah.
Kalo dorg tipu maka tertipu la aku.
Aku x jumpa sorang tourist pun time tu & hotel tu nampak agak lengang.
Xtau la kalo semua dah keluar gi scuba.
Tapi time kitog gi tu x boleh gi Sipadan. Tengah hot pasal lanun that time. Kalo ada yg nak gi jugak kena apply permit.
Gift shop ni di kawasan perkampungan Mabul la.
Nampak bersih kan perkampungan dorang? Aku pun x boleh nak recall memang bersih ke atau area gift shop ni je.
Tgh jalan2 tu sekali terjumpa lak orang Perak yg duduk bermastautin di situ sebab berkahwin dgn orang tempatan. Aku pun xtau apa motif ko dari kawasan maju pi duduk ke kawasan gitu.
Kenapa aku ckp gitu?
Korang gi la sana baru paham.
Malangnya, orang Perak tu dok offer aku 'barang' berupa 2 ekor kuda laut jantan dan betina yg diikat bersama sebagai pelaris.
Khurafat betul la ko ni. Ceh..!
Bila ye kitorg gi ni?
Lupa
Somewhere in 2008 kot